Pengenalan
Assalamualaikum, kami pelajar dari politeknik POLISAS perlu membuat blog tentang kejadian siang dan malam berkenaaan subjek kami iaitu SAINS KEJURUTERAAN ISLAM (SKI)
AHLI KUMPULAN:
                                   NAMA                                                                         NO. MATRIK
                    MUHAMMAD DAUD SUFI                                                        02DTK22F1020
                    MUHAMMAD ALIFF FARHAN                                                   02DTK22F1042
                    NIK MUHAMMAD HAFIZUDDIN                                              02DTK22F1018
                    MUHAMMAD FAID HAKIMI                                                     02DTK22F1004
                    MUHAMMAD IRWAN                                                              02DTK22F1008
Fakta Kejadian Siang dan Malam


Peristiwa pergantian siang dan malam adalah fenomena yang kita alami setiap hari. Namun, bagaimana sebenarnya proses ini terjadi? Perputaran siang dan malam di Bumi terus berlangsung tanpa henti hingga akhir zaman. Pergantian ini terjadi akibat rotasi Bumi pada porosnya. Bagaimana proses tersebut terjadi?

Bumi adalah planet yang dihuni oleh manusia. Bumi merupakan salah satu planet yang mengorbit Matahari dan juga berputar pada porosnya. Bumi membutuhkan waktu sekitar 24 jam untuk satu kali rotasi penuh, yang kita kenal sebagai satu hari, terdiri dari siang dan malam.

Ketika Bumi berputar, bagian permukaannya yang menghadap Matahari akan mengalami siang hari, sementara bagian yang membelakangi Matahari akan mengalami malam hari. Itulah sebabnya ada bagian Bumi yang terang di saat yang sama dengan bagian lain yang gelap.

Banyak orang beranggapan bahwa Mataharilah yang berputar mengelilingi Bumi dari timur ke barat, namun sebenarnya bukan demikian. Bumi yang berputar pada porosnya sambil mengorbit Matahari. Jika dilihat dari Kutub Utara, rotasi Bumi berlawanan dengan arah jarum jam, sehingga dari permukaan Bumi kita melihat Matahari "terbit" dari timur dan "terbenam" di barat.

Ada fakta menarik terkait panjang siang dan malam. Pada beberapa tempat tertentu, siang dan malam hari dapat memiliki durasi yang hampir sama, yaitu masing-masing sekitar 12 jam. Namun, panjang waktu siang dan malam ini sebenarnya bervariasi sepanjang tahun, tergantung pada lokasi dan waktu dalam setahun.




 Bukti Kejadian Siang dan Malam dari Sumber 
Al-Quran dan Hadis Al-Quran


Allah telah menciptakan langit dan bumi melalui proses-proses yang ditetapkan oleh-Nya. Beberapa aspek kejadian alam ini dijelaskan secara terperinci dalam Al-Quran. Salah satu penjelasan tersebut ialah mengenai asal usul kejadian langit dan bumi, yang mulanya merupakan satu entiti tunggal, sebelum dipisahkan menjadi dua bahagian, iaitu langit dan bumi. Firman Allah dalam Surah Al-Anbiyaa' ayat 30 yang bermaksud:

"Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahawa langit dan bumi dahulunya adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup." 

Ayat ini memberikan tiga maklumat utama tentang penciptaan alam semesta: pertama, bahan yang membentuk alam semesta pada awalnya adalah satu entiti tunggal; kedua, langit dan bumi dulunya menyatu dalam satu unit; dan ketiga, pemisahan ini berlaku dengan teratur untuk mencipta hukum-hukum fizikal yang kita kenali hari ini. Fenomena ini menggambarkan satu proses pemisahan yang sangat kuat dan menakjubkan.

Mengenai kejadian siang dan malam, Allah berfirman dalam Surah Al-Israa' ayat 12:

"Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda, lalu Kami hapuskan tanda malam (dengan gelapnya) dan Kami jadikan tanda siang itu terang agar kamu dapat mencari kurnia dari Tuhanmu, dan agar kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan waktu. Dan segala sesuatu telah Kami terangkan dengan jelas." 

Ayat ini menjelaskan bahawa malam dan siang dijadikan sebagai tanda kekuasaan Allah. Kegelapan malam menghilangkan tanda siang, sementara siang yang terang benderang membolehkan manusia berusaha mencari rezeki dan menghitung peredaran waktu.

Setelah melakukan pelbagai kajian dengan bantuan satelit dan komputer, para saintis berjaya mendapatkan gambar yang menunjukkan kawasan pemisah antara siang dan malam di permukaan bumi. Gambar ini mengesahkan kenyataan Al-Quran tentang kejadian siang dan malam serta pengaturannya yang sempurna.

Gambar tersebut diambil ketika waktu fajar. Mereka menjumpai ada garis lembut yang memisahkan antara siang dan malam tersebut. Kenyataan ini telah disebutkan dalam Al-Quran sejak 14 abad yang lalu. Allah taala berfirman tentang garis pemisah ini :


(وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْر) [البقرة: 187].

Sebahagian dari ayat-ayat Al-Quran lain tentang kejadian siang dan malam dan hikmahnya adalah seperti berikut:

"Tidakkah kamu memperhatikan bahawa sesungguhnya Allah memaksukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan Dia tundukkan matahari dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan".(surah luqman ayat-29)

"Engkau masukkan malam ke dalam siang dan engkau masukkan siang ke dalam malam.Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup.Dan Engkau memberi rezeki sesipa yang Engkau kehendaki tanpa batas".(surah al'Imran ayat-27)

"Dia memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan menundukkan matahari dan bulan .Masing-masing berjalan mengikut waktu yang ditentukan.Yang (berbuat)demikian ialah Allah Tuhanmu, kepunyaan -Nyalah kerajaan.Dan orang-orang yang kamu seru (sembah)selain Allah tiada mempunyai apa-apa walaupun setipis kulit ari".(surah faathir ayat-13)

"Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang itu dan pada apa yang diciptakan Allah di langit dan di bumi, benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasan-Nya) bagi orang-orang yang bertaqwa".(surah Yunus ayat-6)



HADIS

Hadis Qudsi :


Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, beliau berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, "Allah telah berfirman" Anak-anak Adam (umat manusia) mengecam waktu, dan aku adalah (pemilik) waktu, dalam kekuasaanku malam dan siang " (diriwayatkan oleh Al-bukhari dan begitu juga muslim).Allah taala berfirman, "Hai Daud !Demi kemuliaanku!tiada seorang hamba yang aku ketahui qalbunya berlindung kepadaku bukan kepada makhlukku di waktu bencana menimpa yang datang dari langit dan bumi, melainkan aku berikan kepadanya jalan keluar. Tiada seorang hamba yang aku ketahui dari qalbunya berlindug kepada selain aku yakni kepada makhlukku, nescaya aku putuskan hubungannya dengan langit yang mendatangkan rezekiya dan aku bukakkan lubang di bawah kedua telapak kakinya. Dan tiada seorang hamba yang pernah taat padaku melainkan aku diberi dia sebelum meminta kepadaku, aku perkenankan permintaannya sebelum dia mendoa kepadaku dan aku ampuni dosanya sebelum dia meminta ampun kepadaku"(hadis riwayat Tamam dari Abd. Rahman bin Ka'ab).

KEJADIAN SIANG DAN MALAM MENGIKUT SAINS



Secara sains, pergantian siang dan malam disebabkan oleh putaran Bumi pada paksinya, yang dipanggil *Rotasi Bumi*. Bumi berputar pada paksinya dengan kecondongan 23.5 darjah dari garis tegak lurus terhadap ekliptik. Tempoh yang diperlukan untuk satu putaran lengkap Bumi adalah 24 jam. Inilah yang menyebabkan berlaku siang dan malam.

Fenomena lain yang disebabkan oleh rotasi Bumi termasuk pergerakan harian objek-objek langit yang kelihatan (gerakan semu harian), pembahagian zon waktu, pembelokan arah angin dan arus laut, serta perbezaan daya graviti di pelbagai tempat di permukaan Bumi.

Disebabkan Bumi berputar, bahagian Bumi yang menghadap Matahari akan sentiasa berubah. Masa rotasi Bumi sebenar ialah 23 jam 56 minit, tetapi lazimnya dianggap 24 jam. Di kawasan khatulistiwa, tempoh siang dan malam biasanya sama, iaitu 12 jam. Walau bagaimanapun, semakin jauh dari khatulistiwa, perbezaan panjang siang dan malam akan menjadi lebih ketara. Di kawasan kutub, perbezaan ini lebih jelas.

Rotasi Bumi meliputi 360 darjah dalam tempoh 24 jam, yang bermakna kelajuan sudut rotasinya ialah 15 darjah per jam. Bumi dibahagikan kepada 360 garis bujur, dengan 180 darjah Bujur Timur (BT) dan 180 darjah Bujur Barat (BB). Setiap perbezaan 15 darjah bujur bermakna perbezaan masa sebanyak 1 jam.

Malaysia terletak di antara bujur 100 darjah BT hingga 120 darjah BT. Ini membawa kepada pembahagian waktu Malaysia dengan rujukan kepada Garis Bujur 105 darjah BT. Zon waktu di Malaysia adalah Waktu Piawai Malaysia (WPM), yang berbeza 8 jam lebih awal daripada Greenwich Mean Time (GMT+8). Pembahagian waktu ini memastikan peralihan waktu siang dan malam di negara ini seragam dengan zon waktu tersebut.

Penjelasan ini memperincikan bagaimana rotasi Bumi menyebabkan berlakunya siang dan malam serta pembahagian waktu di seluruh dunia, khususnya di Malaysia.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, dapat disimpulkan bahawa Allah telah menciptakan malam dan siang silih berganti, tidak membiarkan kegelapan tanpa cahaya, sehingga manusia dapat menggunakan waktu-waktu tersebut untuk melaksanakan berbagai aktiviti. Oleh itu, Allah menetapkan malam sebagai waktu untuk beristirahat setelah seharian bekerja, manakala siang diciptakan agar manusia dapat bekerja mencari rezeki. Selain itu, manusia juga dapat merenungi keajaiban alam ciptaan Allah SWT untuk menyedari betapa agungnya kekuasaan-Nya. Dengan memerhatikan fenomena malam, bulan, dan bintang yang mengelilingi kita, manusia dapat memperkukuh keimanan dan penghayatan terhadap ciptaan Allah. Akhir kata, kehidupan akan menjadi lebih seimbang dan teratur sekiranya kita menghargai kekuasaan dan keagungan Allah SWT.



Comments